My Followers (=

Perlu tajuk? tak payah la eh :)

hey guys ;)! lama dah tak berblog ni. Al-maklum laa, busy sikit. hehehe..
Oh My God! Dah bersawang dah pun blog farah ni. Atoyai -,-'!
Sorry guys! tak ada story menarik lagi nak story. Next time jelaa eh?!

Sekarang ni tak boleh sangat nak berblogging. Sebab internet kat rumah belum dibayar lagi. hohoho!
Ni pun buka kat cyber cafe 'aladdin'. See you later :D!
bye, Assalamualaikum..

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

handphone baru ^o^

Assalamualaikum guys :D!
Hari ni happy tersangat sangat happy. OMG! Farah dah tukar phone ^o^. Alhamdulillah..ada rezeki lebih..sebab tu beli phone baru. Happy sangat lah! hehehehe..
Bawah ni phone lama yang tinggal sejarah..




Phone ni memang banyak kenangan. Macam-macam benda rahsia ada dalam phone ni :')
Sedihnya..Phone ni pun memang banyak buat hal >.< !
Geram tahap gaban. Suka sangat off tiba-tiba..haha..
Apa-apa pon, thank you so much sebab SONY ERICSSON W205 sudi berkhidmat selama lebih setahun :)

Nokia X2-01



Phone ni yang sedang berkhidmat untuk farah sekarang ni. Farah suka phone ni. hehe...
Farah harap phone ni dapat berkhidmat untuk farah lebih baik daripada phone sebelum ni.
Harap phone ni tak banyak sangat hal. Nokia X2-01, jangan gedik gedik buat hal macam phone sony ericsson W205 eh?! hahahaha..




dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Injection?? -,-

Oh my god! Oh my god! Korang tahu tak hari ni ada apa ?? Goddd !! INJECTION *takut*.
Bila farah dapat tahu je terus gelabah gila gila. Sumpah takut sangat sangat :'(. Muka farah dah pucat dah. Macam yang kat bawah ni hah!


Hidayah : Weyh korang, bad news!
farah : apa dia ?? apa dia ??
hidayah : hari ni kita kena INJECT! Aku nampak nurse tadi kat dewan. Memang sah kena inject hari ni.
farah : WHAT ??? *jerit*
Farah rasa nak pengsan pun ada. Sumpah! takut gila gila :'(. Nak nangis pun ada. Ujian! ujian dari tuhan!
On the way nak masuk kelas farah terbayang yang bukan-bukan. Farah takut kalau kena inject ni. Seram! Sakit! Perit gila! and macam-macam lah.

Sampai kelas je, semua girls dah gelabah tapir. Semua takut kena inject. Boys pulak pretending tak takut. Puiih! tak takut konon. Entah-entah, nak tercabut lutut bila dapat tahu kena inject. Ada sorang kawan lelaki farah cakap macam ni kat farah.

Nizam : Kitorang ni lelaki. Kena lah be gentle! Tak mainlah takut takut ni. Tak macam perempuan! gelabah je lebih. Apa lah korang ni.
farah : oi! ikut sedap mulut kau je ek! Gentle konon! Hampeh! hampeh tau tak!

5 minit kemudian, tiba pulak kelas farah kena turun pergi dewan. Bila tiba je time farah di 'inject', benda pertama yang farah nampak ialah......(tengok bawah ni)

Jarum yang tajam tu masuk ke dalam tangan farah. Awwww...sakit! Sabor je lah~..
Sampai kelas je tiba-tiba ada  pulak sorang minah ni membebel.

hidayah : farahin! kau tulis tangan kiri, kan? Kau kidal, kan??
farah : a'ah. Asal ? Asal?
hidayah : ya allah! kau sepatutnya cakap kat nurse tu yang kau ni kidal.
farah : asal pulak kena bagitahu?? Penting sangat ke??
hidayah : Derr..penting lah! kalau kau tulis tangan kiri, kau sepatutnya kena inject kat tangan kanan.
farah : eh, serious ke weyh?
hidayah : sebab tu lah tangan kau lebih sakit daripada kitorang. Asal kau tak cakap?
farah : Dah nurse tu tak tanya, aku pun tak cakaplah.
hidayah : Sengal lah kau! 

Bhahahahaha...sumpah kelakar! hehehe..ok lah! sampai sini je entri farah. Good bye :D!



dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Kursus Kepimpinan 2011 :D

Assalamualaikum :)
Fuhh! Penat gila lah -,-! Hari ni ada kursus untuk prefect, librarian and Pembimbing Rakan Sebaya :). Tak lah ramai sangat. Cuma 128 orang je (kalau tak silap) yang join kursus ni -__-. Walaupun penat, tapi happy gila lah. Best tahap gaban :D. Aktiviti dia best gila lah.


Kursus ni start dari pagi sampai lah petang. Mula-mula tu, rasa bosan. Tak tahu apa yang fasilitator tu cakap. Tak faham + tak dengar apa yang diorang bebelkan kat depan. Farah asyik menguap jelah dalam dewan sekolah tadi. Sumpah! explanation diorang merapu gila. hahahaha....
 Bila dah start buat aktiviti, farah happy gila. Senyum always sepanjang aktiviti-aktiviti tu. Hilang sekejap masalah yang dilanda ni hah :). Segala aktiviti yang diorang buat perlukan kerjasama antara kumpulan. Wah wah wah ! ! hahahaha...^__^

Hari ni banyak sangat rehat lah. Sebab tu rasa sekejap je kursus tu. Banyak sangat makan. Rasa dah gemuk balik dah badan ni. Apa-apa pun, kursus kepimpinan tahun ni memang best ! :)
Okey, byeeeee :) see later ^__^.


dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

No mood today :(


Assalamualaikum to blogger boys and girls :)
Hari ni farah tak ada mood langsung. Farah ada macam-macam masalah sekarang ni. Farah nak focus for PMR pon dah tak boleh dah. Banyak sangat masalah personal. Hari ni kat sekolah farah lebih banyak diam daripada bercakap. Farah tengah sedih sebenarnya. Tapi bila datang sekolah pulak kawan buat hal. Tetiba tak nak kawan. Menambahkan lagi masalah farah. Kalau kau betul betul kawan farah, please tolong faham farah. Kau beruntung tahu tak! Family kau okey gila gila. Happy je selalu. Family farah tak macam family kau. Farah tengah stress ni. So, please lah faham. Jangan tambahkan masalah farah lagi. Farah tengah tension gila sekarang ni. Macam-macam farah kena fikir and banyak benda nak kena settle. Untuk masalah kita sekarang ni, farah tak ada masa nak fikir untuk settle kan masalah ni. I'm so sorry. Hope you can understand me!

Kalau rasa dah bosan kawan dengan farah, cakap jelah terus terang. Tak payah nak sembunyi sembunyi. Kalau dah fed up dengan attitude farah, tak payah lah kawan dengan farah. Pergi jelah kawan dengan budak budak lain tu hah. Farah tengah serabut ni. Farah tak ada masa nak bermasam muka dengan kau or main jeling jeling mata. Buat TAMBAH dosa je nanti. Kau faham problem farah pun dah cukup. Farah tak mintak pun kau kawan farah balik kalau kau memang dah tak sudi nak kawan.

Okey lah ye :). See you later ^_^..goodbye honey :D




dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Sukan Tahunan ke-10

Helo dude :) ! sukan tahunan tahun ni memang menyedihkan yang teramat sangat. Menyakitkan hati betul lah. 5 tahun berturut-turut kawad kaki KRS menang. Tup tup tahun ni kalah! Dapat tempat ke -3. Tempat pertama, pegakap yang dapat -,-. Tempat ke-2, Kadet Polis pulak yang dapat >__<.

to pengakap : Macam mana korang boleh menang hah?? Formasi korang tak adalah hebat mana pun.
Haha...jangan marah. Korang punya formasi, bagi farah memang simple. Macam mana korang boleh menang?? Orang gila tepi jalan lagi pandai berkawad daripada korang.....

to Kadet Polis : Korang tak patut dapat tempat ke-2. Jangan marah lah ek, dah memang hakikat. Ramai yang cakap Pengakap and Kadet Polis tak patut menang. Diorang semua cakap Kadet Polis tak patut menang sebab tangan and kaki korang berterabur. Ramai yang cakap korang berterabur gila.

KRS kalah pun ada sebabnya. Cikgu yang handle perbarisan and kawad kaki tu, memang tak suka dengan KRS. Cikgu tu kata KRS ni over. Alasan tak boleh pakai. Farah dengar cerita cikgu tu hasut pengadil bagi markah kurang kat KRS. Hish! tak patut tak patut. Yang paling membanggakan, ramai yang puji formasi KRS mantap. Farah happy sangat sangat :).



okey okey :). Stop pasal kawad kaki.

Farah dapat 2 pingat. Kira okey lah tu! Daripada tak dapat langsung, lagi teruk, kaan?? Yang farah menang tu, acara lompat jauh dengan larian 400m. Dua-dua acara tu dapat tempat ke-2. Rumah HIJAU dapat 4 hamper. Wahhh ! ! banyak tu :D. Tapi farah tak ambil apa-apa makanan pun daripada mana-mana hamper yang dapat. Malas nak berebut just sebab nak dapat makanan. Tak matang lah kalau umur dah 15 tahun tapi berebut makanan -__-.

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Alahai lelaki...

Assalamualaikum guys ^__-
Huh ! ! Farah susah sikit nak faham pasal lelaki ni. Atoyai =,=..berputar-putar otak ni hah dok fikir pasal orang lelaki ni. Pasal perasaan lelaki?? Lagi susah lah farah nak tafsir. Diorang ni, kalau suka someone jadi gelabah semacam bila terjumpa kat mana-mana -__-. Ada jugak yang diorang akan layan perempuan yang diorang suka ni lain daripada yang lain :). Lain?? Lain yang macam mana tu?? haaaaa...!! jangan dok nak fikir negatif ek :).



Ada jugak kalau suka sorang perempuan tu, diorang jadi malu malu, kan?? So, diorang cuma perhati perempuan tu dari jauh.. Wahhh !! Sweet sangat :D. Farah suka ! ! Farah suka ! ! hahahahaha... Lelaki ni nak perempuan boleh faham perasaan diorang. Tapi lelaki ni ada yang beberapa tu DEGIL ! Pening kaum hawa ni nak jaga perasaan kaum adam. Alahai alahai ! ! pening betoi lah.
Wahai kaum adam ! ! Susahnya nak jaga perasaan korang, kan? Kuat cemburu ! Tu lah masalah orang lelaki zaman sekarang ni.

Farah suka lelaki yang baik sangat sangat dengan farah. Farah suka yang romantik jugak. Alaaahh...kalau tak romantik pun tak apa, yang penting kaum adam ni golongan orang yang kuat agama :). Baru lah boleh bimbing farah yang kadang-kadang tu terumbang-ambing macam sampan -,-. Lagi satu ! lagi satu ! Farah suka lelaki yang kelakar. Farah tak pandang dari rupa paras. Cukup sekadar lelaki kaum adam ni baik gila dengan farah, INSYA'ALLAH farah terima diorang :).

Kepada perempuan, korang jangan terlalu kutuk or boikot lelaki tau! Buruk baik diorang, kaum adam ni jugak lah yang jadi teman hidup korang. Takkan korang nak sama jantina yang kahwin dengan korang. 
Ish ish ish ! bahaya tu :). Perlu dirawat dengan segera. bhahaha...

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Blog yang sering dilawat =)

Hey, helo :)
Sepanjang farah guna blog ni, rasa puas hati sangat lah. Sebab boleh share beberapa story yang malas nak simpan sorang sorang ^__^. <--- macam lari dari tajuk je ni?? hahaha..
ok ok !! Biasanya, lepas je post entri baru, farah buka blog kawan-kawan farah. Kawan-kawan sekolah terutamanya. Haaaaaa...jeng jeng jeng ! ! Nak tahu blog mana yang farah selalu intai?? Klik kat bawah ni :)


Kepada owner blog tu, jangan marah lah ek kalau farah always bukak blog korang :). Farah selalu bukak blog korang sebab korang kan student sekolah farah jugak. Share share story, tak salah kan :D??
Korang jangan marah lah ye :). Ni untuk suka-suka je :)

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Good News ! !

Assalamualaikum and salam sejahtera. Wah wah ! ! Formal betul ucapan tu. Korang semua nampak tak tajuk for this entry?? Hah?? Tak nampak?? Ada problem tu. hahaha..Farah tengah happy yang teramat sangat ni.

 Korang tahu apa dia?? Tak tahu?? Nak cerita cerita lah ni. Sabar sabar :). Ahli kawad kaki KRS dah ramai ! ! Wah ! Baru lah ada semangat nak berkawad atas padang nanti. Sebelum ni, cuma 6 or 9 orang je. Hari ni dekat 20 orang yang datang. Thank you so much you guys ^__^. Kalau tak ramai yang datang tadi, farah plan nak cabut lari je. Malas nak join dah. 'Patah hati' lah katakan.. bahahahahaha..ayat baik punya ! !

Actually ada bad news sekali, tapi perlu story ke?? Tak payah lah ek?? Buat spoil mood je nanti :D. Farah harap sangat sangat tahun ni, kawad kaki KRS yang juara lagi :). Waktu tengah berlatih tadi, ada jugak yang mulut bau longkang. Hurgh ! ! Apa kau ingat kawad kaki korang tu bagus sangat lah?? Formasi macam taik ayam ! ! Tengah marah ni! Tengah marah ni! Beberapa ahli BSMM mulut macam bangkai pulak tadi. Hhhmm..sabar je lah dengan diorang tu. Nak je farah pancung kepala diorang then, buat gulai. Bagi sesapa yang sanggup nak makan. ( macam lah ada yang nak makan -__- )

Oke oke ! kita lupakan je lah. Happy sangat lah hari ni sebab ramai pulak yang join :). Thanks again, korang semua sebab bagi kerjasama :). Love you all <3 ! !
Korang jangan putus asa lah ek ! Don't give up ok ??!! Orang nak kutuk, tu diorang punya problem. Tak payah nak ambil hati sangat dengan diorang yang mulut bau longkang tu :D.


^__- ! !

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Kawad kaki KRS :)

Assalamualaikum guys :D..
Fuhh! ! penat tahap maximum. Kawad kaki for this year tersangatlah menyedihkan -_-. Kurang dapat respond daripada ahli KRS sendiri. Oh my god ! ! teramat lah teruk >__<. Minggu lepas ada 9 orang je yang datang. Alahai ! ! apa pasal lah diorang malas sangat hah? Hari tu terlebih semangat bagi nama kat cikgu, konon nak take part dalam kawad kaki. Dekat 30 orang yang hantar nama untuk sertai kawad kaki KRS. Tapi yang datang berlatih cuma 9 orang. Mana lagi 21 orang?? Aduhai ahli KRS, mana korang menghilang?? Sedih betul lah. 

Rabu ni dah rehearsal. Aduhai! 1 lagi problem besar dah datang. Formasi tak buat lagi lah. Sempat ke nak berlatih ni?? Aduhh!! Pening pening -,-. Kawad kaki KRS ni, dah 5 tahun berturut-turut jadi juara. Agak-agak, tahun ni boleh menang lagi ke ek? Dah berputar-putar kepala ni hah =,=.

Formasi yang diorang plan nak buat tu, diorang kata macam bodoh bodoh sikit, tapi kalau ramai yang buat, jadi smart gila ^o^. Geliga betul diorang tu. Memang brilliant idea. Fulamaakk ! ! Mantop mantop ^_^..
Berharap sangat yang kemenangan berpihak pada Unit beruniform KRS lagi. Harap sangat sangat. Korang jangan lupa doakan tau! Okey lah. Good Bye all :).


dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Makin gemuk?? Oh tidaakkk!!

Assalamualaikum :) -> JAWAB SALAM TAU :) ! ! <-
Farah nak tanya korang ni. Badan korang tu makin tembam macam belon or makin kurus macam tiang elektrik?
Mesti ada yang kata makin kurus, kan?? Tak pun ada yang dah makin tembam, betul tak?? Apa dia?? Korang makin tembam?? Oh, nevermind lah sayang oi. Tembab tembab comel, kan?? Yang kurus tu, korang fikir korang cantik sangat lah?? Tolong banyak lah ye. 
Setakat kurus tapi tak ada 'body shape' lebih baik tak payah!
hahaha...korang marah ke farah cakap macam tu?? Maaf lah ye. Nak gurau gurau je. Tapi kalau korang terasa, minta maaf lah ye. Tak ada niat pun nak kutuk korang :D.

Okey okey ! ! Back to the topic :). Farah ada bad news lah :'(. Farah makin tembam. Makin berisi ! ! Oh tidaakkk ! ! Tak dapat nak terima hakikat :(. Rasa nak diet pun ada. Cikgu pun cakap farah makin gemuk. Ish! geram betul lah. Semua cakap farah ni dah gemuk. Yang kata farah gemuk tu, korang fikir korang kurus sangat ke hah?? Badan korang tu pun farah tengok dah macam BURGER, tahu tak?? -__-

Farah pernah jugak plan nak diet tapi, hhmm..plan tu tak boleh pakai langsung. Tak tahu lah apa sebabnya.
Alahai badan, kenapa lah senang sangat nak sedut lemak?? Farah tak akan biarkan badan ni makin tembam, tak nak lah ! Tak sanggup lah. Tak suka =,= ! !
Diet diet and diet ! ! Tu lah yang farah nak buat lepas ni ^__- !




dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

1Murid 1Sukan 1Malaysia :)

Assalamualaikum :)
oh hyeeee ^__^ ! Fiiuuuhh ! Hari ni merupakan hari yang memenatkan :). Kat sekolah ada larian 1Malaysia. Semua sekolah kat dalam Malaysia sertai acara ni. Peristiwa hari ni, memang memalukan. Waktu tengah semangat lari tadi, tak tahu pulak kena pusing balik kat 1 selekoh ni. Farah pun main lari je lah. Terus je, tak pusing balik pun sebab tak tahu kena patah balik. Tengah syok syok lari tu, mula-mula rasa pelik jugak. "Mana yang lain ni? Macam mana farah boleh depan sangat ni? Bukan ke tadi depan farah ada ramai orang?" farah bermonolog.

Farah hairan gila lah masa tu. Farah pun ape lagi, toleh ke belakang. Bila farah pusing belakang je, tengok diorang pusing nak patah balik pergi sekolah. Ya ALLAH ! ! Malu tahap maximum lah masa tu. Semua pandang lain macam je. Sumpah malu gila tadi.


Lepas je lari lari ni, ada pulak bengkel olahraga untuk perempuan form 3. Atoyai! Kesian kaki farah ni hah. Sakit je dari tadi. Cikgu ni pun satu hal, pergi buat bengkel olahraga untuk pelajar perempuan form 3 tu kenapa?? Alahai, cikgu! Cikgu tersangatlah bijak. Hhhmmm~..teruk betul lah >_<.

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Hari Terbuka ^o^

Assalamualaikum :)
Fuhh! Hari ni merupakan hari terbongkarlah segala rahsia. Rahsia yang telah tersimpan rapi telah pun diketahui. Ish! Ni cikgu punya pasal lah ni. Cerita macam-macam dekat parents. Kitorang semua, TADAH TELINGA jelah. Terpaksa dengar cikgu and parents membebel pasal itu lah, ini lah. Alahai! tak senang duduk farah dibuatnya. Rasa macam nak cabut je mulut cikgu tu, kasi diam sikit. Atoyai =,= ! !

Mulut cikgu tu, gatai sangat cakap macam ni kat ibu.

"Saya tengok, anak awak ni suka sangat baca novel. Kebanyakan pelajar kelas ni, tak kesah lah lelaki or perempuan, suka sangat baca NOVEL CINTA dalam kelas. PMR dah nak dekat, tak boleh baca novel lagi dah. Jangan ada favourite cerita kat tv lagi. Sekarang kena belajar sebab tak cukup masa."

Ibu pulak cakap macam ni,

"Hah, Farah! Dengar tu. Jangan nak bernovel novel lagi dah. Duduk diam-diam dalam bilik, ulangkaji pelajaran. Percubaan PMR tinggal sebulan je lagi. Tak payah nak baca novel-novel tu semua."

Cikgu cakap balik macam ni,

"Saya rasa, farahin ni boleh masuk kelas account untuk tahun depan sebab mathematic dapat A. Kalau ambil kelas account, cerah masa depan. Boleh dapat peluang kerja yang meluas."

Ibu punya turn bagi 'ceramah'.

"Anak saya ni lebih kepada subject mathematic. Memang sesuai sangat dia masuk kelas tu. Farah lepas ni, kena belajar. Jangan nak berblogging lagi dah. Stop stop lah dulu dengan blog ni. Budak-budak zaman sekarang ni, suka sangat berinternet."

Pedih telinga dengar leteran cikgu dengan ibu. Atoyai =,=' ! ! Cikgu ni pun satu hal. Cubalah cakap kat parents farah yang farah ni budak baik ke...cakap yang farah ni rajin ke..Sedap telinga farah ni hah mendengarnya. Ni, tak ! Cakap benda lain. hish! kacau kacau ! Memang kacau -__- .
Hhhmmm~..sabor je lah >__< !

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Lawatan ke SMVSB :)

Hai koraaannnggg :D !!
Hari ni farah pergi lawatan. Pergi lawatan ke Sek. Men. Vokasional Sg. Buloh (SMVSB) =).
Godd ! ! Memang best gila tahap gaban lah beb. Serious farah cakap ! Mula-mula tu tak nak pergi sebab hari ni ada subject yang tersangat penting. Subject mathematics ! Tapi diorang cakap, pergi lawatan pukul 9 pagi. Mathematic class habis pukul 8.40 pagi. Memang cantiklah ! Sempat jugak belajar mathematic :).

Ok ok ! Back to the topic :). Sampai-sampai je kat sekolah tu, rasa ghairah semacam. Teruja gila tengok sekolah tu. Besar and banyak bengkel kemahiran ^o^. terbaik ! ! hahaha..
Banyak pameran yang sekolah tu buat. Memang awesome habis. Kalau tak silap, dekat 10 bengkel kitorang pergi. Bila dapat tahu kelebihan diorang and kemahiran diorang, rasa kagum tahap maximum. Kat sekolah tu ramai pelajar lelaki lah. Pelajar perempuan tak ramai. Sekolah tu cuma ada student form 4 and form 5 je.
Diorang kata, sekolah vokasional tu, bakal dinaik taraf menjadi KOLEJ VOKASIONAL. Wow! teruja teruja :). Ada jugak buka gerai. Macam-macam gerai ada kat situ.
Farah teringin sangat nak masuk tapi ubah fikiran. Farah tak nak masuk ! Sebab rasa macam diri ni tak layak pulak. Bukan senang nak belajar segala macam kemahiran kat situ. Susah lah !
akhir kata :)
I LOVE YOU, SMVSB =D
muah :*

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Baju cinta ^_____^

(As salam korang :D. Farah ada story nak share ni. Title tu lah tajuk cerita farah. Confirm korang gelak punya lah. Cerita ni sangat 'menyayat hati'. Bhahahahahahahahaha ! !)

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

" Saya sedang menunggu suami saya pulang dari bekerja ni, nek!"
"Yang kau telanjang tu nape!!!??" marah si nenek.
"Ini lah BAJU CINTA saya." balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA??" si nenek kehairanan.
"Ya. Suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek boleh balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ni di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya".

Si nenek faham kehendak cucunya. Pada fikirannya, mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya, dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak, dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa seketika, si atok pun pulang. Sebaik saja pintu terbuka, si atok mendapati si nenek brbogel di depan pintu. 

"Awat hang nie?? Dah buang tebiat ke??" marah si atok tadi.
"Inilah BAJU CINTA saya, bang." kata si nenek tadi.
"BAJU CINTA??....Kok iyea pun....IRON lah dulu baju tuh!!
Nampak sangat kedutnyerr.."

(kahkahkahkahkah!!! dah baca? suka?? click 'LIKE' button, okey ^_-!!

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Hari koperasi :)

Oh haaaaaiiii :)
Hari ni sekolah ada buat hari koperasi tapi tak meriah langsung lah -__-. Bosan gila gila ! ! Hari koperasi tahun lepas lagi best. Tahun lepas, banyak gerai ada tau. Tahun ni, 1 gerai je -_-. Sedih betul lah :( hahaha!
Tahun lepas, ada cupcake, marshmallow, kuih-muih, ada acara sukan, burger, kek coklat and banyak lagi lah. Tahun ni ada sikit je menu >__<. Cuma ada coklat, cupcake, nasi kerabu, air and buah tembikai je.
Haaaiihhh =,=' ! Nak menangis farah tengok menu yang sikit tu. Terus tak ada semangat nak membeli belah untuk hari koperasi :'(.

Haaaaaaaa....! ! ! Ada lagi perkara yang sangat sangat menyedihkan. Tahu apa dia? Kalau nak beli apa-apa kat gerai, waktu rehat and waktu koko je boleh beli. Apa lah ! ! Tahun lepas, dari awal pagi sampai petang. Jauh berbeza betul sambutan Hari Koperasi tahun lepas dengan tahun ni.

Korang tahu apa sebab teruk sangat sambutan ni? Cikgu busy gila gila sampai tak sempat nak prepare 
apa-apa untuk Hari Koperasi. Hari sukan dah makin dekat. Cikgu cikgu semua kena handle macam macam untuk hari sukan. Cikgu pun busy jugak sebab jumaat ni ada Hari terbuka and sabtu pulak ada acara larian untuk 4 buah sekolah termasuk sekolah farah. Kesian betul cikgu. Hahahahaha ! !


dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Jangan kutuk blog boleh tak??

ok ok , As salam :D
Korang sihat tak hari ni? Moga moga sihat lah ye.
ok! hari ni farah nak story something. Ada sorang kawan farah ni, dia kutuk macam-macam pasal blog. 
Jahatkan dia? Teruk betul lah dia tu. Geram geram ! !
Farah terdengar dia cakap macam ni kat kawan farah.

'Wei, asal sekarang ni semua layan blog hah? Best sangat ke dengan blog ni? Ada apa dengan blog?
Diorang yang ada blog ni, asyik cerita pasal diri sendiri je. Cuba lah cerita pasal luar negara ke. 
Baru lah gempak.'

Farah geram gila gila lah bila dengar dia cakap macam tu. Suka hati lah nak buat apa kat blog. Siapa dia nak kutuk kutuk?? Hish >__< ! ! teruk betul lah pandangan orang lelaki ni.
Dia boleh kata yang blog ni membosankan. Apa punya orang lah !



dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

kau bukan kawan farah ! !

Hari ni hari yang teruk. Kau marah farah tiba-tiba tu apsal hah?
Macam mana farah boleh ada kawan yang bangang macam kau hah?
Farah tanya elok-elok. Kau tiba-tiba marah farah. Apsal hah?
Kau siap perli farah lagi, kan? Farah makan hati gila gila dengan kau, tahu tak?

Waktu kita gaduh hari tu, kau cakap kat kawan rapat farah yang lain yang kononnya kau sedih sebab farah tak tegur and tak layan kau langsung. Kau minta maaf sebab kau dah buat farah sakit hati.
Farah tak tahu lah kenapa farah ni bengap sangat boleh maafkan kau.
Lepas kita kawan balik, kau still dengan perangai kau tu. Kau marah farah sesuka hati. Tak pernah fikir farah kecil hati or tak. Farah bad mood sebab kau layan farah macam tu. Senang senang kau minta maaf balik.
OI! Kau fikir, dengan mudah ke farah nak maafkan? Kau silap. Farah tak ready nak maafkan kau lagi
sebab masih lagi sakit hati tahap gaban.

Farah sekarang ni, susah sangat nak anggap kau sebagai kawan. Susah gila sekarang ni, weiyh!
Kau dah banyak sakitkan hati farah. Farah dah fed up dengan kau. FED UP ! ! FED UP ! !

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Perubahan tak menjadi -__-

Assalamualaikum :) hye guys ^__^!!

Memang malang betul lah. Dah banyak kali farah plan nak berubah -,-. LOL ! Berubah tentang ape? Hahaha..
Farah nak jadi budak rajin. Tapi farah susah sangat nak jadi rajin. Asyik malas je memanjang :D. Tak tahu lah kenapa boleh jadi macam tu. Memang teruk gila gila -____________-. OMG !! macam mana nie =,='.

Everyday plan konon nak berubah lah, ape lah. Tapi rancangan hancur terus. Tak berubah langsung. atoyai -,-'!
Nak berubah ni bukannya senang. Ambil masa jugak nak change everything. Farah tension jugak kalau plan asyik tak menjadi je. Macam mana nak buat perubahan dalam hidup kalau macam ni???
Hhhhmmm...pening pening pening =(.

Korang pernah ke plan nak beruah ni hah? Belum pernah plan lagi?? Aiyooo!! Macam mana nak ada masa depan kalau macam ni -___-. Nak berubah tu memanglah rumit tapi korang buat perlahan-lahan lah, faham??
Jangan jadi macam farah. Action je lebih nak berubah, tapi tak berubah jugak. Hahaha!!
Jangan ikut sangat contoh teruk ni. Memang korang tak ada masa depan kalau jadikan farah sebagai contoh untuk berubah ^____________^


dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

saringan dah habis ^___^

yeah!!! lega gila gila lah :)
Akhirnya benda yang buat farah takut gila gila dah pun berakhir. hehehehe!!
Korang tahu apa dia? Saringan dah habis ^___^.
Dalam banyak banyak acara, cuma 2 acara je yang confirm farah menang :).
Nak tahu acara apa? Haaaa...
Acara 400 meter and lompat jauh :)
Acara 4x100 meter tak sure lagi menang ke tak. Hari sukan nanti baru lah dapat tahu menang ke tak.
To my blogs' readers jangan lupa bagi sokongan ok :).

God!!! Takut gila lah -,-'. Macam mana nie?? Takut kalah je nanti.
Arrggh! Lantaklah menang ke kalah, yang penting tak tarik diri. Rugi kalau tarik diri,
sebab dah masuk final. Bukan senang nak masuk final.

Tahun ni farah pecah rekod lah beb. Hahaha..
Tahu tak rekod apa? For this year, tak masuk bilik rawatan waktu saringan.
Selalunya, every year masuk bilik rawatan, tapi tahun nie tak :D. 
Happy happy happy happy *big and big smile* !!!


dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

takut takut and takut -__-



Hey guys ^_- !
Aaarrggghhhh!!!! Takut gila gila untuk esok. Esok ada acara lari yang mengerikan. LOL! Mengerikan?
hahaha..mengerikan sebab saingan farah ramai sangat lah -__-. Macam mana nak menang kalau macam ni?
Farah tengah gelabah tahap maximum ni. Godd!!! help me :) ya?!
Esok mesti farah penat gila gila. Of course lah penat gila b***, sebab banyak sangat acara yang terpaksa ambil bahagian.huhuhuhuhuhuhu!! Sedih lah. Farah bukan apa, takut nanti kalau kalah, nanti memalukan diri farah and memalukan rumah sukan farah. HIJAU!!! sorry kalau farah hampakan rumah HIJAU.

Tiddaaaakkkkk!!!! tak nak kalah lah. hhmmm...
kalau kalah pun, biar je lah. Dah nasib farah selalu kalah dalam setiap acara sukan, nak buat macam mana lagi,kan?! Redha je lah :'(. Takut nak hadapi hari esok :'(. Takut takut and and takut.
Takut kalah. Tu lah benda yang buat farah takut untuk esok.

nevermind nevermind! Never give up! never give up!





dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Kau ramai stalker?? Teruk!!

Memang sejak last year lagi farah suka kau. YES! I admit it! Kau tahu tak farah suka kau? Kau tak tahu dan tak akan pernah tahu pun. You know why? Sebab selama ni pun kau bukannya ambil kisah pasal farah sangat. Kau tak habis-habis layan perempuan perempuan tu je la saban hari.

Kau ramai stalker. Ramai sangat minah -minah senget yang stalk kau. Damn!! Farah geram gila tahu tak?
Kau ni murah sangat tu kenapa? Yang kau pergi layan diorang tu kenapa? Jangan bagi alasan bodoh yang kononnya kau dengan diorang just friend. "Friend" lah sangat. Bagi alasan tak munasabah. Kalau kau just anggap diorang tu semua kawan, kenapa kau layan diorang macam girlfriend kau? You're idiot!!

Farah dah nak mula fed up dengan kau. Semua perempuan kau layan. Starting from today, farah tak nak dah suka kat kau. Buat sakit hati je. Tunggu kau pun buat farah merana. Lebih baik farah cari orang lain. Tu pun kalau boleh lah -__-. Perlu ke farah tunggu orang yang tak pernah kisah pun pasal farah?! Farah dah penat tengok perangai 'miang' kau tu!

Penat betul lah jadi minah jiwang ni. Cakap pasal perasaan sendiri rasa macam nak gelak pun ada. Memang lah orang kata perasaan tu hak peribadi and tak perlu nak dihebah-hebahkan. Tapi, farah just nak share share je dengan korang semua. Lepas farah taip je pasal semua benda ni, rasa lega sikit. Kalau korang kurang senang dengan entri ni, sorry lah ye. Just nak lepas geram je.

Farah tak tahu lah macam mana boleh ter'suka' pulak dekat mamat tiga suku macam tu. hohoho!
Farah suka dia almost 2 years. Tapi sekarang ni, hhhmmm...tak tahu lah suka dia lagi ke tak :).
Kalau dah baca and dah tahu siapa yang farah maksudkan tu, ssshhhh!!! diam diam je la ye. Tak payah buka mulut tu. Farah sumbat cili dalam mulut tu nanti baru tahu :D. Lega sikit dapat share dengan korang. Fuhhh!!
k lah ye, byebye semua !
Assalamualaikum ^__^!
oi! nak pergi mana tu?? Jawab salam farah dulu. Jangan main keluar je dari blog ni :).
Dah jawab dah? Alhamdulillah.. Bagus bagus bagus ^_^






dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Take part dalam sukan?? terpaksa +_+


Haih =,='! Hari ni memang hari yang sangat and tersangat malang lah dude :'(!
Today, for 2nd time kena paksa dengan cikgu lorh! Cikgu desak farah take part dalam acara sukan -_-.
TENSION! ! ! Banyak lah acara yang terpaksa take part. Cikgu zaman sekarang ni memang 
banyak sangat hal. Sedap hati je paksa paksa orang suruh masuk tu lah, masuk ni lah >_<.

Cikgu!!!! Farah tak nak take part dalam apa-apa acara lahhhh! Atoyaiiii...!!
For this year, 5 acara farah TERPAKSA ambil bahagian. Memang teruk! Nak tahu acara apa?
Nah! Baca yang kat bawah ni -__-!

 > 4x100 meter (1/2 pusingan padang) <
> 4x400 meter (2 pusingan padang) <
400 meter (2 pusingan padang) <
> Lompat jauh <
> Tarik tali < 

God! teruk teruk teruk!
eh, korang tahu tak? Kalau farah tak nak masuk lompat jauh takpe, tapi dengan syarat kena 
masuk acara 800 meter (4 kali pusingan padang). Hurgh! farah lebih rela masuk lompat jauh daripada
ambil acara menempah maut tu.
Every year, farah jadi 'pengunjung' bilik rawatan. Tidaakkkk!!!! Kaki farah ni senang sangat nak 
inject -__-. Hhhmmm...Tahun ni agak agak masuk bilik rawatan lagi ke?
Nooooo!! ahli PBSM dah bosan dah tengok pesakit yang sama setiap tahun. heeee~..

Cikgu cakap kalau kalah pun takpe. Cikgu cakap, bukan kira menang or kalah tapi kira berapa banyak
masuk acara. Kiraan mata dikira melalui jumlah acara yang disertai bukannya kemenangan yang dikira :).

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

10 bahasa tubuh wanita yang buat lelaki tergoda :)


Helo yo! helo helo!
Nampak tak title kat atas tu? Aaawww...so sweet lorh!! Hahaha..ni untuk saje saje je entri ni :)
Bacalah kalau korang semua rasa macam nak baca. ^_-

  • Memusing kepala dan menguak rambut
  • Muncung, basahkan bibir dan buka sedikit mulut
  • Sedikit sentuhan tubuh
  • Jelingan atas bahu terangkat
  • Usap objek bulat
  • Jengketkan pinggul anda
  • Lenggokkan pinggul anda
  • Dedahkan pergelangan tangan
  • Kekalkan minat si dia
  • Halakan lutut ke arah si dia
Oit korang :)!!
Bukan semua lelaki minat dengan korang kalau korang buat apa yang tertera kat atas tu. Ada jugak yang suka  yang muslimah, yang tak menonjolkan aurat. Kat atas ni farah tak galakkan sangat untuk korang buat.
Tapi, lain orang lain lah selera. Betoi dak?? hohoho!
Jangan diamalkan sangat okey??!! :D
Entri ni untuk saje saje je. Tak ada niat lain ^_^




dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Edit blog lagi? goddd!!

Heyyo guys :)!
Selalunya setiap entri farah letak picture tapi kali ni tak payah lah ek :) heeee~..
Farah heran lorh dengan farah sendiri! Asyik edit edit and edit blog je. Hohohoho!!!
Dah macam hobi dah. Farah asyik tak puas hati je dengan blog farah ni. Macam ada yang kurang lorh!
Tak tahulah apa yang kurang tu -__- !
 ehh ehh korang ! Kalau korang rasa kat blog ni ada benda yang kena tambah or dibuang dari blog ni bagi tahu tau?! Hah? Macam mana nak bagitahu? Alolo!! Senang je meh! Korang bagitahu lah kat shoutbox tu. Klik je lah domokun yang comey tu ^__^

Farah tak banyak story lorh for this time :). 
Setakat ni je lah ye! Tunggu next entri ok ^_-!
(haha! Ada ke yang sudi baca? Hope so much ada yang sudi baca =D)

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Cinta sejati or cinta monyet??


Assalamualaikum :)!
Hey, korang tahu apa itu cinta? Ramai yang kurang memahami isu cinta waktu zaman sekarang ni kan??
Farah nak buat pengakuan ni. Farah memang ada suka seseorang kat sekolah. Since last year lagi. Tapi dia tak suka farah pun. Farah sedih lah jugak sebab dia tak suka farah. Wait wait wait! Suka? Suka je ke? Sayang? cinta? Ada? Hahaha..yang tu farah tak pasti nak bagitahu korang ke tak. Hhhmm..

Oit! Korang fikir farah ni jiwang karat ke? Eh hello! normal lah kalau ada perasan ni. Kan ALLAH cipta semua manusia 
memiliki perasaan ni. Aiyooo! Janganlah nak hipokrit sangat. Korang mesti pernah alami jugak kan?
Tak payah lah nak menafikan fakta. haiihhh! Ngaku je lah!

Umur setahun jagung macam farah ni perlu ke cinta cinta ni? Siapa kata perlu, meh sini farah cincang badan korang tu. And siapa pulak yang kata tak perlu, farah penggal kepala korang. Ayat keling mana lah farah amik ni. Haaiiihh!! hahaha... 
Oit readers! korang memang rasa waktu sekolah tak perlu lah nak layan perasaan ni sangat tapi kalau dah tuhan tu anugerahkan perasaan tu waktu sekolah lagi. Macam mana? Haru- biru korang nanti.

Ada jugak yang nak ber'couple' atas sebab nak puaskan nafsu diorang sendiri. Ada jugak yang terlalu serius sampaikan pelajaran pun dah melayang layang entah kemana perginya.
Kalau korang memang betul nak couple, fikir lah banyak kali ek. Fikir fikirkan buruk baik hubungan tu. Jangan sampai merana nanti sudah lah ye. Berat pulak korang nak tanggung.

Cinta sejati or cinta monyet??
Bergantung pada setiap pasangan. Cinta monyet tu, kalau korang dah abis sekolah, putus macam tu je lah hubungan korang dengan kekasih hati pengarang jantung korang tu. 

Jangan lah fikir farah ter'over' jiwang pulak lepas baca entri ni. Perkara ni akan berlaku pada setiap hamba ALLAH di muka bumi ni. Korang tak payah lah nak hipokrit tau! Bukan semua hipokrit, kan?
Renung renungkan lah ye. Tapi jangan renung sangat sampai pelajaran dah terlalu tinggi terbang nak dicapai semula. Faham apa maksud farah? Hah? tak faham? hhmm..pandai pandai korang lah fahamkan ye. :)





dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Sukan tahunan? Jangan harap lah!


Helo blogger sekalian :)!
Kepada korang yang masih sekolah macam farah ni, mesti sekolah korang ada buat sukan tahunan, kan??
God! Farah dah planning habis habisan tak nak masuk apa-apa acara pun for this year.
Tapi malang, farah kena masuk 5 acara paksa lorh! Sedih sangat sangat sangat! (berapa banyak sangat ni??)

Tahu tak acara ape yang farah kena masuk?? Tengok kat bawah ni ek !
100 meter, 4x100 meter, 400 meter, 4x400 meter and and and lompat jauh. God!!!
Cikgu suruh masuk lorh! Macam mana ni? Tensionnyerrr...huhuhuhuhu ! !
Farah kena fikir macam mana nak elak dari join acara ni. Memang lah farah minat acara-acara tu tapi,
tu dulu lorh ! Lagipun, sekarang ni farah dah kurang stamina lah! Nanti buat malu je atas padang. *malu*

God! nanti pelajaran menurun macam mana? Sape mau tanggung? Cikgu? Jangan harap lah!
haha..ada kena mengena ke pelajaran menurun dengan sukan?
Of course lah ada! Nanti waktu belajar kena turun padang untuk pergi saringan. Ape yang cikgu bebel kat kelas pun tak tahu. Dah lah tahun ni ada exam besar.
Teacherrrrr!! Please understand me =(. Farah tak nak masuk semua acara tu lorh!
Farah dah mula nak fed up dengan SUKAN TAHUNAN >_< !!!


dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Result exam -_-

Helo guys :D! Farah dah dapat result mid-year exam :)
Farah punya result teruk gila gila -_-! Tak banyak lah subject yang dapat A ='(. Sedih sangat sangat.
Farah cuma dapat 2A je untuk exam kali ni. Macam mana nak dapat 8A kalau macam ni??
Subject yang farah dapat A cuma mathematic and agama islam :). ( Bangga sekejap :D )

Subject lain hampeh! Teruk sangat!
Yang lain dapat sama ada gred B or C. Uhuk uhuk uhuk uhuk! sedih gila lorh!
Apa dah jadi ni? Korang usaha  ke cik farah oi ??
Ni lah dia akibat mengabaikan pelajaran ^_^!
Sedih and tersangat kecewa dengan result kali ni.
Dah hilang semangat nak study :'(. oit! jangan cakap macam tu! Usaha lagi ok?? hahaha..
Korang semua punya result mesti A1 kan?
Wah wah!! Tahniah tahniah tahniah :D


dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Kasih dan Cinta dalam Islam :)



“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________
“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.
Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Amalan Peningkatan Daya Ingatan


Okey okey okey! Untuk kali ni, farah kasi tahu korang amalan untuk meningkatkan daya ingatan. Khas untuk korang, wahai si pembaca blog ini :D. Baca dengan teliti tau!

  • Memahami apa yang dipelajari
  • Jarakkan atau pecahkan masa belajar
  • Lafazkan isi penting dengan suara yang kuat
  • Percaya pada diri sendiri
  • Ulang berkali-kali
  • Guna kata kunci, kata isyarat, kata rahsia dan ungkapan lucu :)
  • Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur dan semasa bangun tidur
  • Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang)
Ok readers semua!!! Dah baca sampai habis dah? Dah? Bagus betul anak murid farah ni ye ^_^.
Amalkan tau! Amalan ni akan tolong korang dalam exam nanti :D.
Farah nak chaww~ dulu lah ye?
Harap si pembaca blog ni, sentiasa membaca entri farah :).
Farah akan hargai sangat sangat lorh dengan kesudian korang tu :).
Byebye! Assalamualaikum and salam 1Malaysia =D.



dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Apa dah jadi ni??? Tidaakkk!!!


Hai koraaaanngggggg! Sebelum farah cerita cerita apa yang dah jadi, farah nak share share dengan korang semua dulu :). Haaaaa! share apa ek? Nampak tak buku kat atas tu? Nampak, kan? Tu lah dia buku yang akan tolong farah dalam subjek SEJARAH untuk skor A dalam PMR. Insya'allah :D, doa-doakan lah ye ^_-!

Okey okey! back to the topic yang nak di ceritakan :) :). 
Oh my god! Apa yang dah jadi dengan farah ni hah? Korang tahu tak, farah jadi malas balik lah. Aiyoo! Penyakit lama datang balik. Memang susah betul lah kalau nak berubah ni, kan?
Paling susah sekali bila nak berubah kepada perkara yang positif. Hhhmmm....
Banyak sangat lorh halangan :'(. Sedih + geram >_< !!

Farah betul betul dah kesuntukan masa ni. Ada siapa-siapa tak yang boleh tolong? Hhhmm..
Memang tak akan ada yang tolong selain diri farah sendiri. I need someone to help me.
FARAHIN!!! Jangan putus asa ok! Teruskan usaha! Masih lagi rasa malas ke? Atoyai, macam mana nak berjaya, hah? Ketepikan perangai malas tu. Uhuk uhuk uhuk uhuk ='(.
Picture kat bawah ni bukti farah memang betul betul sedih :'(.

Haha! Teruknya farah nangis :) !!
Alolololo!! Kesiannyerrr dia :'(






dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Study smart ^o^


Helo to my loyal blogs' visitors :) !
For today, farah rajin gila lah :D. God! susah nak percaya ^_^. Mulai hari ni dah nekad nak study hard and study smart for trial exam PMR and real PMR exam O.o. For today farah baru je start study subject sejarah form 1. Tu pun bru sampai bab 7. Subject lain tak start study lagi ni. Atoyai -_-!

Percubaan PMR tinggal sebulan lebih je lagi. Hhhmm...Sempat ke farah nak study ni? Banyak lagi yang kena kejar. Takut ketinggalan. Farah jadi ragu-ragu sikit kalau friend ajar "study group". Bukan ape, kalau dah planning nak study group, bukannya study tapi bergossip. Hahaha..Farah tak boleh nak salahkan diorang sangat sebab farah pun join sekaki bergossip :).

Bila study sorang-sorang pun best jugak tau! Tenang je and tak banyak sangat gangguan. Ape yang dah study, semua masuk otak beb =D! Tak percaya? Eleh, tak percaya try try lah ye! Maybe better study alone than study with friend. Boleh pening kepala tau study ramai-ramai ni :).

Kalau korang nak kuatkan ingatan yang semakin hari semakin lemah tu, farah nasihatkan banyak-banyakkan  minum air soya. Air soya confirm boleh tolong korang punya lah! Heeee~..
ok lah ye, byebye *love youu readers* !

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Tips bersahabat ^__^

Assalamualaikum blogger sekalian :) Korang semua sihat tak hari ni?
    Moga-moga korang sihat sejahtera :D. 
    Okey! Hari ni farah nak berkongsi tips dengan korang. Tips? Tips ape? Korang nak tahu? 
    Mari sini mari sini farah nak kasi tips bersahabat. 
    Baca betul-betul tau ^o^.
  • Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan
  • Jangan terlalu celupar atau mengkritik sesuka hati
  • Pandai menyimpan rahsia sahabat kita
  • Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya
  • Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat
  • Tidak memburukkan sahabat dikhalayak ramai

Okey! Dah habis baca? Dah? Good :). oit pembaca sekalian! Jangan baca je. Amalkan sekali tau!
Ini penting untuk menjaga hubungan kita sesama sahabat baik :)
One more thing! Dah baca tu, rajin-rajin lah tekan 'LIKE' button kat bawah tu ye. Hehehehehe :D
byebye! Farah ada benda nak buat ni :). IMPORTANT ^__^! Daa~..

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Tips kawal sifat marah =)

Korang pernah rasa marah, kan?
Kalau kita dah marah tu, Mesti susah sangat nak kawal. Betul tak? Meh sini meh sini! Farah nak bagi tips untuk kawal kemarahan yang makin membara bak api :). Baca baik-baik tau :D!

  • Tarik nafas dalam-dalam and kira sebanyak 10 kali then, lepaskan sekuat hati
  • Beristighfar sebanyak yang mungkin
  • Bersiul-siul dalam hati untuk menceriakan hati
  • Genggam tangan kuat-kuat and pergi tumbuk dinding kasi pecah
  • Berwudhuk. Dengan berwudhuk, dapat meredakan perasaan marah
  • Tidur kalau masih lagi marah
Korang cuba segala tips yang farah bagi ni tau!
Penting untuk korang semua :)
Insya'allah korang mampu mengatasi atau mengawal sifat marah yang boleh membinasakan diri kalau tidak dikawal dengan caranya yang betul.
Memang semulajadi manusia dicipta mempunyai perasaan marah, akan tetapi kita sebagai umat islam perlu bijak dalam mengatasi atau mengawal perasaan ni untuk mengelakkan perkara yang
tidak diingini berlaku secara sedar atau pun secara tidak sedar.


dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Terengganu menang =D !


Terengganu! Terengganu! Chayyok! Chayyok!
oh yeahhhhh!! Terengganu menang lah malam ni. Korang memang the best lah :D. To Daudsu(pemain bola kelantan), thank you so much ek. Hehehehe! Thank youu sebab tolong Terengganu masukkan gol :).
Oh yeah! Mula-mula tu, rasa macam terengganu dah tak ada harapan dah nak menang. Rupa-rupanya tak :D. Tetiba je Terengganu naik semangat dapat kalahkan kelantan. Love youu TERENGGANU =D.

Terengganu hentam kelantan baik punya! Terengganu memperoleh 2 gol. Memang awesome habis lah =D. Kelantan dapat 1 gol je. Kihkihkihkihkih! Kesian gila kena belasah dengan terengganu.
Kelantan! I want to say goodbye. Mesti korang tengah bengang tahap maximum sekarang ni, kan?
sabarlah ye. Ni ujian namanya, hohoho! 
Salah Daudsu jugak! Siapa suruh masukkan gol kat jaringan gol sendiri?? Aiyoo! Apa punya orang la :p.

Kepada Terengganu, teruskan kemenangan yang diperolehi ok! Usaha lebih gigih lagi ok? Itu advice yang sangat penting tau! Chayyok! Chayyok! Chayyok!
Love you so soooo much, TERENGGANU.
Terengganu pemain bola sepak terbaik untuk malam ni =D.

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!