My Followers (=

handphone baru ^o^

Assalamualaikum guys :D!
Hari ni happy tersangat sangat happy. OMG! Farah dah tukar phone ^o^. Alhamdulillah..ada rezeki lebih..sebab tu beli phone baru. Happy sangat lah! hehehehe..
Bawah ni phone lama yang tinggal sejarah..




Phone ni memang banyak kenangan. Macam-macam benda rahsia ada dalam phone ni :')
Sedihnya..Phone ni pun memang banyak buat hal >.< !
Geram tahap gaban. Suka sangat off tiba-tiba..haha..
Apa-apa pon, thank you so much sebab SONY ERICSSON W205 sudi berkhidmat selama lebih setahun :)

Nokia X2-01



Phone ni yang sedang berkhidmat untuk farah sekarang ni. Farah suka phone ni. hehe...
Farah harap phone ni dapat berkhidmat untuk farah lebih baik daripada phone sebelum ni.
Harap phone ni tak banyak sangat hal. Nokia X2-01, jangan gedik gedik buat hal macam phone sony ericsson W205 eh?! hahahaha..




dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Injection?? -,-

Oh my god! Oh my god! Korang tahu tak hari ni ada apa ?? Goddd !! INJECTION *takut*.
Bila farah dapat tahu je terus gelabah gila gila. Sumpah takut sangat sangat :'(. Muka farah dah pucat dah. Macam yang kat bawah ni hah!


Hidayah : Weyh korang, bad news!
farah : apa dia ?? apa dia ??
hidayah : hari ni kita kena INJECT! Aku nampak nurse tadi kat dewan. Memang sah kena inject hari ni.
farah : WHAT ??? *jerit*
Farah rasa nak pengsan pun ada. Sumpah! takut gila gila :'(. Nak nangis pun ada. Ujian! ujian dari tuhan!
On the way nak masuk kelas farah terbayang yang bukan-bukan. Farah takut kalau kena inject ni. Seram! Sakit! Perit gila! and macam-macam lah.

Sampai kelas je, semua girls dah gelabah tapir. Semua takut kena inject. Boys pulak pretending tak takut. Puiih! tak takut konon. Entah-entah, nak tercabut lutut bila dapat tahu kena inject. Ada sorang kawan lelaki farah cakap macam ni kat farah.

Nizam : Kitorang ni lelaki. Kena lah be gentle! Tak mainlah takut takut ni. Tak macam perempuan! gelabah je lebih. Apa lah korang ni.
farah : oi! ikut sedap mulut kau je ek! Gentle konon! Hampeh! hampeh tau tak!

5 minit kemudian, tiba pulak kelas farah kena turun pergi dewan. Bila tiba je time farah di 'inject', benda pertama yang farah nampak ialah......(tengok bawah ni)

Jarum yang tajam tu masuk ke dalam tangan farah. Awwww...sakit! Sabor je lah~..
Sampai kelas je tiba-tiba ada  pulak sorang minah ni membebel.

hidayah : farahin! kau tulis tangan kiri, kan? Kau kidal, kan??
farah : a'ah. Asal ? Asal?
hidayah : ya allah! kau sepatutnya cakap kat nurse tu yang kau ni kidal.
farah : asal pulak kena bagitahu?? Penting sangat ke??
hidayah : Derr..penting lah! kalau kau tulis tangan kiri, kau sepatutnya kena inject kat tangan kanan.
farah : eh, serious ke weyh?
hidayah : sebab tu lah tangan kau lebih sakit daripada kitorang. Asal kau tak cakap?
farah : Dah nurse tu tak tanya, aku pun tak cakaplah.
hidayah : Sengal lah kau! 

Bhahahahaha...sumpah kelakar! hehehe..ok lah! sampai sini je entri farah. Good bye :D!



dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Kursus Kepimpinan 2011 :D

Assalamualaikum :)
Fuhh! Penat gila lah -,-! Hari ni ada kursus untuk prefect, librarian and Pembimbing Rakan Sebaya :). Tak lah ramai sangat. Cuma 128 orang je (kalau tak silap) yang join kursus ni -__-. Walaupun penat, tapi happy gila lah. Best tahap gaban :D. Aktiviti dia best gila lah.


Kursus ni start dari pagi sampai lah petang. Mula-mula tu, rasa bosan. Tak tahu apa yang fasilitator tu cakap. Tak faham + tak dengar apa yang diorang bebelkan kat depan. Farah asyik menguap jelah dalam dewan sekolah tadi. Sumpah! explanation diorang merapu gila. hahahaha....
 Bila dah start buat aktiviti, farah happy gila. Senyum always sepanjang aktiviti-aktiviti tu. Hilang sekejap masalah yang dilanda ni hah :). Segala aktiviti yang diorang buat perlukan kerjasama antara kumpulan. Wah wah wah ! ! hahahaha...^__^

Hari ni banyak sangat rehat lah. Sebab tu rasa sekejap je kursus tu. Banyak sangat makan. Rasa dah gemuk balik dah badan ni. Apa-apa pun, kursus kepimpinan tahun ni memang best ! :)
Okey, byeeeee :) see later ^__^.


dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

No mood today :(


Assalamualaikum to blogger boys and girls :)
Hari ni farah tak ada mood langsung. Farah ada macam-macam masalah sekarang ni. Farah nak focus for PMR pon dah tak boleh dah. Banyak sangat masalah personal. Hari ni kat sekolah farah lebih banyak diam daripada bercakap. Farah tengah sedih sebenarnya. Tapi bila datang sekolah pulak kawan buat hal. Tetiba tak nak kawan. Menambahkan lagi masalah farah. Kalau kau betul betul kawan farah, please tolong faham farah. Kau beruntung tahu tak! Family kau okey gila gila. Happy je selalu. Family farah tak macam family kau. Farah tengah stress ni. So, please lah faham. Jangan tambahkan masalah farah lagi. Farah tengah tension gila sekarang ni. Macam-macam farah kena fikir and banyak benda nak kena settle. Untuk masalah kita sekarang ni, farah tak ada masa nak fikir untuk settle kan masalah ni. I'm so sorry. Hope you can understand me!

Kalau rasa dah bosan kawan dengan farah, cakap jelah terus terang. Tak payah nak sembunyi sembunyi. Kalau dah fed up dengan attitude farah, tak payah lah kawan dengan farah. Pergi jelah kawan dengan budak budak lain tu hah. Farah tengah serabut ni. Farah tak ada masa nak bermasam muka dengan kau or main jeling jeling mata. Buat TAMBAH dosa je nanti. Kau faham problem farah pun dah cukup. Farah tak mintak pun kau kawan farah balik kalau kau memang dah tak sudi nak kawan.

Okey lah ye :). See you later ^_^..goodbye honey :D




dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Sukan Tahunan ke-10

Helo dude :) ! sukan tahunan tahun ni memang menyedihkan yang teramat sangat. Menyakitkan hati betul lah. 5 tahun berturut-turut kawad kaki KRS menang. Tup tup tahun ni kalah! Dapat tempat ke -3. Tempat pertama, pegakap yang dapat -,-. Tempat ke-2, Kadet Polis pulak yang dapat >__<.

to pengakap : Macam mana korang boleh menang hah?? Formasi korang tak adalah hebat mana pun.
Haha...jangan marah. Korang punya formasi, bagi farah memang simple. Macam mana korang boleh menang?? Orang gila tepi jalan lagi pandai berkawad daripada korang.....

to Kadet Polis : Korang tak patut dapat tempat ke-2. Jangan marah lah ek, dah memang hakikat. Ramai yang cakap Pengakap and Kadet Polis tak patut menang. Diorang semua cakap Kadet Polis tak patut menang sebab tangan and kaki korang berterabur. Ramai yang cakap korang berterabur gila.

KRS kalah pun ada sebabnya. Cikgu yang handle perbarisan and kawad kaki tu, memang tak suka dengan KRS. Cikgu tu kata KRS ni over. Alasan tak boleh pakai. Farah dengar cerita cikgu tu hasut pengadil bagi markah kurang kat KRS. Hish! tak patut tak patut. Yang paling membanggakan, ramai yang puji formasi KRS mantap. Farah happy sangat sangat :).



okey okey :). Stop pasal kawad kaki.

Farah dapat 2 pingat. Kira okey lah tu! Daripada tak dapat langsung, lagi teruk, kaan?? Yang farah menang tu, acara lompat jauh dengan larian 400m. Dua-dua acara tu dapat tempat ke-2. Rumah HIJAU dapat 4 hamper. Wahhh ! ! banyak tu :D. Tapi farah tak ambil apa-apa makanan pun daripada mana-mana hamper yang dapat. Malas nak berebut just sebab nak dapat makanan. Tak matang lah kalau umur dah 15 tahun tapi berebut makanan -__-.

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Alahai lelaki...

Assalamualaikum guys ^__-
Huh ! ! Farah susah sikit nak faham pasal lelaki ni. Atoyai =,=..berputar-putar otak ni hah dok fikir pasal orang lelaki ni. Pasal perasaan lelaki?? Lagi susah lah farah nak tafsir. Diorang ni, kalau suka someone jadi gelabah semacam bila terjumpa kat mana-mana -__-. Ada jugak yang diorang akan layan perempuan yang diorang suka ni lain daripada yang lain :). Lain?? Lain yang macam mana tu?? haaaaa...!! jangan dok nak fikir negatif ek :).



Ada jugak kalau suka sorang perempuan tu, diorang jadi malu malu, kan?? So, diorang cuma perhati perempuan tu dari jauh.. Wahhh !! Sweet sangat :D. Farah suka ! ! Farah suka ! ! hahahahaha... Lelaki ni nak perempuan boleh faham perasaan diorang. Tapi lelaki ni ada yang beberapa tu DEGIL ! Pening kaum hawa ni nak jaga perasaan kaum adam. Alahai alahai ! ! pening betoi lah.
Wahai kaum adam ! ! Susahnya nak jaga perasaan korang, kan? Kuat cemburu ! Tu lah masalah orang lelaki zaman sekarang ni.

Farah suka lelaki yang baik sangat sangat dengan farah. Farah suka yang romantik jugak. Alaaahh...kalau tak romantik pun tak apa, yang penting kaum adam ni golongan orang yang kuat agama :). Baru lah boleh bimbing farah yang kadang-kadang tu terumbang-ambing macam sampan -,-. Lagi satu ! lagi satu ! Farah suka lelaki yang kelakar. Farah tak pandang dari rupa paras. Cukup sekadar lelaki kaum adam ni baik gila dengan farah, INSYA'ALLAH farah terima diorang :).

Kepada perempuan, korang jangan terlalu kutuk or boikot lelaki tau! Buruk baik diorang, kaum adam ni jugak lah yang jadi teman hidup korang. Takkan korang nak sama jantina yang kahwin dengan korang. 
Ish ish ish ! bahaya tu :). Perlu dirawat dengan segera. bhahaha...

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Blog yang sering dilawat =)

Hey, helo :)
Sepanjang farah guna blog ni, rasa puas hati sangat lah. Sebab boleh share beberapa story yang malas nak simpan sorang sorang ^__^. <--- macam lari dari tajuk je ni?? hahaha..
ok ok !! Biasanya, lepas je post entri baru, farah buka blog kawan-kawan farah. Kawan-kawan sekolah terutamanya. Haaaaaa...jeng jeng jeng ! ! Nak tahu blog mana yang farah selalu intai?? Klik kat bawah ni :)


Kepada owner blog tu, jangan marah lah ek kalau farah always bukak blog korang :). Farah selalu bukak blog korang sebab korang kan student sekolah farah jugak. Share share story, tak salah kan :D??
Korang jangan marah lah ye :). Ni untuk suka-suka je :)

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Good News ! !

Assalamualaikum and salam sejahtera. Wah wah ! ! Formal betul ucapan tu. Korang semua nampak tak tajuk for this entry?? Hah?? Tak nampak?? Ada problem tu. hahaha..Farah tengah happy yang teramat sangat ni.

 Korang tahu apa dia?? Tak tahu?? Nak cerita cerita lah ni. Sabar sabar :). Ahli kawad kaki KRS dah ramai ! ! Wah ! Baru lah ada semangat nak berkawad atas padang nanti. Sebelum ni, cuma 6 or 9 orang je. Hari ni dekat 20 orang yang datang. Thank you so much you guys ^__^. Kalau tak ramai yang datang tadi, farah plan nak cabut lari je. Malas nak join dah. 'Patah hati' lah katakan.. bahahahahaha..ayat baik punya ! !

Actually ada bad news sekali, tapi perlu story ke?? Tak payah lah ek?? Buat spoil mood je nanti :D. Farah harap sangat sangat tahun ni, kawad kaki KRS yang juara lagi :). Waktu tengah berlatih tadi, ada jugak yang mulut bau longkang. Hurgh ! ! Apa kau ingat kawad kaki korang tu bagus sangat lah?? Formasi macam taik ayam ! ! Tengah marah ni! Tengah marah ni! Beberapa ahli BSMM mulut macam bangkai pulak tadi. Hhhmm..sabar je lah dengan diorang tu. Nak je farah pancung kepala diorang then, buat gulai. Bagi sesapa yang sanggup nak makan. ( macam lah ada yang nak makan -__- )

Oke oke ! kita lupakan je lah. Happy sangat lah hari ni sebab ramai pulak yang join :). Thanks again, korang semua sebab bagi kerjasama :). Love you all <3 ! !
Korang jangan putus asa lah ek ! Don't give up ok ??!! Orang nak kutuk, tu diorang punya problem. Tak payah nak ambil hati sangat dengan diorang yang mulut bau longkang tu :D.


^__- ! !

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Kawad kaki KRS :)

Assalamualaikum guys :D..
Fuhh! ! penat tahap maximum. Kawad kaki for this year tersangatlah menyedihkan -_-. Kurang dapat respond daripada ahli KRS sendiri. Oh my god ! ! teramat lah teruk >__<. Minggu lepas ada 9 orang je yang datang. Alahai ! ! apa pasal lah diorang malas sangat hah? Hari tu terlebih semangat bagi nama kat cikgu, konon nak take part dalam kawad kaki. Dekat 30 orang yang hantar nama untuk sertai kawad kaki KRS. Tapi yang datang berlatih cuma 9 orang. Mana lagi 21 orang?? Aduhai ahli KRS, mana korang menghilang?? Sedih betul lah. 

Rabu ni dah rehearsal. Aduhai! 1 lagi problem besar dah datang. Formasi tak buat lagi lah. Sempat ke nak berlatih ni?? Aduhh!! Pening pening -,-. Kawad kaki KRS ni, dah 5 tahun berturut-turut jadi juara. Agak-agak, tahun ni boleh menang lagi ke ek? Dah berputar-putar kepala ni hah =,=.

Formasi yang diorang plan nak buat tu, diorang kata macam bodoh bodoh sikit, tapi kalau ramai yang buat, jadi smart gila ^o^. Geliga betul diorang tu. Memang brilliant idea. Fulamaakk ! ! Mantop mantop ^_^..
Berharap sangat yang kemenangan berpihak pada Unit beruniform KRS lagi. Harap sangat sangat. Korang jangan lupa doakan tau! Okey lah. Good Bye all :).


dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Makin gemuk?? Oh tidaakkk!!

Assalamualaikum :) -> JAWAB SALAM TAU :) ! ! <-
Farah nak tanya korang ni. Badan korang tu makin tembam macam belon or makin kurus macam tiang elektrik?
Mesti ada yang kata makin kurus, kan?? Tak pun ada yang dah makin tembam, betul tak?? Apa dia?? Korang makin tembam?? Oh, nevermind lah sayang oi. Tembab tembab comel, kan?? Yang kurus tu, korang fikir korang cantik sangat lah?? Tolong banyak lah ye. 
Setakat kurus tapi tak ada 'body shape' lebih baik tak payah!
hahaha...korang marah ke farah cakap macam tu?? Maaf lah ye. Nak gurau gurau je. Tapi kalau korang terasa, minta maaf lah ye. Tak ada niat pun nak kutuk korang :D.

Okey okey ! ! Back to the topic :). Farah ada bad news lah :'(. Farah makin tembam. Makin berisi ! ! Oh tidaakkk ! ! Tak dapat nak terima hakikat :(. Rasa nak diet pun ada. Cikgu pun cakap farah makin gemuk. Ish! geram betul lah. Semua cakap farah ni dah gemuk. Yang kata farah gemuk tu, korang fikir korang kurus sangat ke hah?? Badan korang tu pun farah tengok dah macam BURGER, tahu tak?? -__-

Farah pernah jugak plan nak diet tapi, hhmm..plan tu tak boleh pakai langsung. Tak tahu lah apa sebabnya.
Alahai badan, kenapa lah senang sangat nak sedut lemak?? Farah tak akan biarkan badan ni makin tembam, tak nak lah ! Tak sanggup lah. Tak suka =,= ! !
Diet diet and diet ! ! Tu lah yang farah nak buat lepas ni ^__- !




dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

1Murid 1Sukan 1Malaysia :)

Assalamualaikum :)
oh hyeeee ^__^ ! Fiiuuuhh ! Hari ni merupakan hari yang memenatkan :). Kat sekolah ada larian 1Malaysia. Semua sekolah kat dalam Malaysia sertai acara ni. Peristiwa hari ni, memang memalukan. Waktu tengah semangat lari tadi, tak tahu pulak kena pusing balik kat 1 selekoh ni. Farah pun main lari je lah. Terus je, tak pusing balik pun sebab tak tahu kena patah balik. Tengah syok syok lari tu, mula-mula rasa pelik jugak. "Mana yang lain ni? Macam mana farah boleh depan sangat ni? Bukan ke tadi depan farah ada ramai orang?" farah bermonolog.

Farah hairan gila lah masa tu. Farah pun ape lagi, toleh ke belakang. Bila farah pusing belakang je, tengok diorang pusing nak patah balik pergi sekolah. Ya ALLAH ! ! Malu tahap maximum lah masa tu. Semua pandang lain macam je. Sumpah malu gila tadi.


Lepas je lari lari ni, ada pulak bengkel olahraga untuk perempuan form 3. Atoyai! Kesian kaki farah ni hah. Sakit je dari tadi. Cikgu ni pun satu hal, pergi buat bengkel olahraga untuk pelajar perempuan form 3 tu kenapa?? Alahai, cikgu! Cikgu tersangatlah bijak. Hhhmmm~..teruk betul lah >_<.

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Hari Terbuka ^o^

Assalamualaikum :)
Fuhh! Hari ni merupakan hari terbongkarlah segala rahsia. Rahsia yang telah tersimpan rapi telah pun diketahui. Ish! Ni cikgu punya pasal lah ni. Cerita macam-macam dekat parents. Kitorang semua, TADAH TELINGA jelah. Terpaksa dengar cikgu and parents membebel pasal itu lah, ini lah. Alahai! tak senang duduk farah dibuatnya. Rasa macam nak cabut je mulut cikgu tu, kasi diam sikit. Atoyai =,= ! !

Mulut cikgu tu, gatai sangat cakap macam ni kat ibu.

"Saya tengok, anak awak ni suka sangat baca novel. Kebanyakan pelajar kelas ni, tak kesah lah lelaki or perempuan, suka sangat baca NOVEL CINTA dalam kelas. PMR dah nak dekat, tak boleh baca novel lagi dah. Jangan ada favourite cerita kat tv lagi. Sekarang kena belajar sebab tak cukup masa."

Ibu pulak cakap macam ni,

"Hah, Farah! Dengar tu. Jangan nak bernovel novel lagi dah. Duduk diam-diam dalam bilik, ulangkaji pelajaran. Percubaan PMR tinggal sebulan je lagi. Tak payah nak baca novel-novel tu semua."

Cikgu cakap balik macam ni,

"Saya rasa, farahin ni boleh masuk kelas account untuk tahun depan sebab mathematic dapat A. Kalau ambil kelas account, cerah masa depan. Boleh dapat peluang kerja yang meluas."

Ibu punya turn bagi 'ceramah'.

"Anak saya ni lebih kepada subject mathematic. Memang sesuai sangat dia masuk kelas tu. Farah lepas ni, kena belajar. Jangan nak berblogging lagi dah. Stop stop lah dulu dengan blog ni. Budak-budak zaman sekarang ni, suka sangat berinternet."

Pedih telinga dengar leteran cikgu dengan ibu. Atoyai =,=' ! ! Cikgu ni pun satu hal. Cubalah cakap kat parents farah yang farah ni budak baik ke...cakap yang farah ni rajin ke..Sedap telinga farah ni hah mendengarnya. Ni, tak ! Cakap benda lain. hish! kacau kacau ! Memang kacau -__- .
Hhhmmm~..sabor je lah >__< !

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!