My Followers (=

Tips bersahabat ^__^

Assalamualaikum blogger sekalian :) Korang semua sihat tak hari ni?
    Moga-moga korang sihat sejahtera :D. 
    Okey! Hari ni farah nak berkongsi tips dengan korang. Tips? Tips ape? Korang nak tahu? 
    Mari sini mari sini farah nak kasi tips bersahabat. 
    Baca betul-betul tau ^o^.
  • Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan
  • Jangan terlalu celupar atau mengkritik sesuka hati
  • Pandai menyimpan rahsia sahabat kita
  • Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya
  • Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat
  • Tidak memburukkan sahabat dikhalayak ramai

Okey! Dah habis baca? Dah? Good :). oit pembaca sekalian! Jangan baca je. Amalkan sekali tau!
Ini penting untuk menjaga hubungan kita sesama sahabat baik :)
One more thing! Dah baca tu, rajin-rajin lah tekan 'LIKE' button kat bawah tu ye. Hehehehehe :D
byebye! Farah ada benda nak buat ni :). IMPORTANT ^__^! Daa~..

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Tips kawal sifat marah =)

Korang pernah rasa marah, kan?
Kalau kita dah marah tu, Mesti susah sangat nak kawal. Betul tak? Meh sini meh sini! Farah nak bagi tips untuk kawal kemarahan yang makin membara bak api :). Baca baik-baik tau :D!

  • Tarik nafas dalam-dalam and kira sebanyak 10 kali then, lepaskan sekuat hati
  • Beristighfar sebanyak yang mungkin
  • Bersiul-siul dalam hati untuk menceriakan hati
  • Genggam tangan kuat-kuat and pergi tumbuk dinding kasi pecah
  • Berwudhuk. Dengan berwudhuk, dapat meredakan perasaan marah
  • Tidur kalau masih lagi marah
Korang cuba segala tips yang farah bagi ni tau!
Penting untuk korang semua :)
Insya'allah korang mampu mengatasi atau mengawal sifat marah yang boleh membinasakan diri kalau tidak dikawal dengan caranya yang betul.
Memang semulajadi manusia dicipta mempunyai perasaan marah, akan tetapi kita sebagai umat islam perlu bijak dalam mengatasi atau mengawal perasaan ni untuk mengelakkan perkara yang
tidak diingini berlaku secara sedar atau pun secara tidak sedar.


dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Terengganu menang =D !


Terengganu! Terengganu! Chayyok! Chayyok!
oh yeahhhhh!! Terengganu menang lah malam ni. Korang memang the best lah :D. To Daudsu(pemain bola kelantan), thank you so much ek. Hehehehe! Thank youu sebab tolong Terengganu masukkan gol :).
Oh yeah! Mula-mula tu, rasa macam terengganu dah tak ada harapan dah nak menang. Rupa-rupanya tak :D. Tetiba je Terengganu naik semangat dapat kalahkan kelantan. Love youu TERENGGANU =D.

Terengganu hentam kelantan baik punya! Terengganu memperoleh 2 gol. Memang awesome habis lah =D. Kelantan dapat 1 gol je. Kihkihkihkihkih! Kesian gila kena belasah dengan terengganu.
Kelantan! I want to say goodbye. Mesti korang tengah bengang tahap maximum sekarang ni, kan?
sabarlah ye. Ni ujian namanya, hohoho! 
Salah Daudsu jugak! Siapa suruh masukkan gol kat jaringan gol sendiri?? Aiyoo! Apa punya orang la :p.

Kepada Terengganu, teruskan kemenangan yang diperolehi ok! Usaha lebih gigih lagi ok? Itu advice yang sangat penting tau! Chayyok! Chayyok! Chayyok!
Love you so soooo much, TERENGGANU.
Terengganu pemain bola sepak terbaik untuk malam ni =D.

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

mungkir janji =(

hello hello readers :)!
Hari ni farah rasa bersalah sangat dengan kawan farah. Farah dah mungkir janji lah dengan diorang. To huda, luqman, nazmi and syawal, sorry sebab tak dapat jog dengan korang pagi tadi :(. Kesian diorang. Kitorang plan nak pergi jogging pagi tadi tapi automatically cancel sebab farah bangun lambat. Sedar-sedar je, dah pukul 10 pagi. Planning nak jogging pukul 8 pagi, tapi farah terlajak tidur. Waktu malam tidur pukul 3.15 pagi, sebab tu lah lambat bangun. Ada benda yang kena buat time tu. heeee~...

Bila waktu pagi tak jadi jog, planning again nak jogging waktu petang. Farah join jogging petang tu sebab nak tebus kesalahan tadi. hehe! Tapi luqman, nazmi and syawal pulak yang tak datang. hhhmmm...apa lah, atoyai -__- !
Terpaksalah farah and huda je lah yang jogging petang tu. Time jogging tu, sempat lagi kitorang bergossip :D
Nak tahu gossip pasal ape? Ceh ! mana boleh bagi tahu, rahsia lorh :)! Kalau farah bagitahu, habis lah kena 'goreng' dengan orang yang kitorang gossipkan tu :).

Pengajaran hari ni untuk farah ialah JANGAN MUNGKIR JANJI !!!
Kalau mungkir janji, macam-macam benda buruk boleh jadi, tahu?
Korang tahu ape dia benda buruknya? hah? Tak tahu? Hhhmm...korang fikir-fikir lah sendiri ye??!! hehee..
okey guys! Farah nak blog-walking kejap ek. 
Byebye!! -love youu readers-
Next time jenguk-jenguk lah blog ala kadar ni ye :)
Kedatangan anda amat dialu-alukan :D hohohoho!!

dah baca? click LIKE button,okeyh??!!

Welcome back, SCHOOL =D

Sudah 2 minggu tinggalkan sekolah, sudah 2 minggu jugak farah tak mengulangkaji pelajaran ^__^.
Sekarang sudah tiba masa untuk  focus kepada pelajaran 100%. Boleh ke? Of course farah boleh, kan? Cuma nak atau tak nak je.
Cuti selama 2 minggu membuatkan farah rasa bosan andd bosan. Bosan? yes, im bored :). Bosan sebab farah tak pergi mana-mana pun sepanjang cuti ni :'(. Cuti ni tak ada makna lorh untuk farah :). Farah harap sangat cuti akan datang menyeronokkan dan aktiviti-aktiviti yang dibuat tak dapat dilupakan =D.

 -> Byebye =') <-



dah baca? click LIKE button,okeyh??!!